Si Ayah menghampiri ke dua
anak kecilnya. Si Kecil yang berusia 5 dan 7 tahun itu asyik bermain di ruang
tamu. Si Ayah duduk, terasa buntu bagaimana harus memulakan kata-kata pada
anak-anak sekecil itu, adakah mereka faham erti kesulitan?
Si Ayah tidak tahu bagaimana caranya untuk
memberitahu kepada anak-anaknya bahawa mereka harus berpindah. Dari rumah besar
yang mempunyai 3bilik tidur dan keselesaan kepada rumah yang hanya punya sebuah
bilik tidur dan serba kekurangan. Anak-anak kecil itu sudah biasa berasingan
bilik, sudah biasa berlari bebas di perkarangan rumah, sudah selesa tidur
berselimutkan penghawa dingin. Si Ayah buntu, kerana Si Ayah telah kehilangan
pekerjaan setahun yang lalu, tidak mampu lagi menampung kos penyewaan rumah
sebesar itu. Si Ayah membuka bicara...
Si Ayah: Sayang, besok kita akan
berpindah. Maafkan Ayah.
Si Anak 7tahun: Kenapa?
Si
Ayah: Ayah dah tak ada
duit banyak untuk rumah besar ni, kita akan pindah ke rumah yang kecil, yang
punya 1bilik je, kakak dengan adik kena tidur sama.
Si Anak 5tahun: Ayah je pindah atau semua?
Si Ayah: Semua...
Kdua-dua Si Anak: Jadi apa masalahnya?
Si Ayah: Hanya tersenyum
Jika kita lihat masalah
atau kesulitan itu dari satu sudut kepayahan, lihatlah ia mulai sekarang dari
sudut keindahan. Mungkin Si Ayah tidak mampu lagi memberikan kemewahan pada
anak-anaknya tapi lihat keindahan pandangan seorang anak, bukan besar kecilnya
rumah itu tetapi yang penting bagi mereka Ayah dan keluarganya bersama-sama mereka.
“Apa
sahaja yang kamu lakukan bagi kebaikan keluargamu, itu adalah sedekah kepada
mereka.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Bukankah nilai seseorang
itu lebih besar dari sesuatu… maka, mengapa sedih kehilangan sesuatu saat kita
masih punya ‘sesuatu’ yang lebih bernilai.

belajar rajin2.. double thumb up (Y) (Y)
BalasPadambaik Alonggggg..huhuhu
Padam