Isnin, 27 Mei 2013


Dengan bismillah...

Bila Bulan Berwajah Kamu..
Malam itu,
Aku berbaring dibumi lesu..
Aku pandangi langit yang biru..
Aku melihat bulan dari situ..
Bersama angin yang berbisik lesu..
Aku rasakan tenang begitu..
Malam itu,
Rasanya bagaikan salju..
Dinginnya menyapa aku..
Embun teruna bretempias dipipiku..
Lalu ku biarkan ia begitu..
Itu juga yang aku mahu..
Bermandikan salju..
Berlagu dengan sang bayu..
Aku suka begitu..
Malam itu,
Ada sesuatu..

Sesuatu yang aku tunggu..

Sesuatu yang aku mahu..
Tapi, apa yang ku mahu?
Sudah pasti bulan dilangit itu..
Sang purnama penuh yang aku tunggu..

Dan lakaran itu,
Teramat indah dimataku..
Teramat asyik dijiwa ku..
Dan bila bulan itu berwajah kamu..
Menambahkan lagi sendu dijiwaku..
Membuatkan rindu ini terburu-buru..
Memaksa jantung ini berdegup laju...
Semuanya kerana bulan itu...
Ya..Kerana bulan itu..berwajah kamu...

Ahad, 17 Mac 2013

The Nigth of Miracle : What your Wish???

Lama sudah tak update blog ni..al maklum semester baru open kan..jadi dalam usaha menstabilkan diri dengan ke'busy'an...alhamdulillah sem baru semua ok..semangat baru..wajah baru..jiwa baru...hehe

Ada sesuatu yang saya nak share...dalam kebusyan dengan asgmnt dan kuliah..saya juga disogokan dengan program2..tu memang tak dapat dielakan..walau pun sem lepas saya dah bertekad utk tidak berprogram lagi tapi..hmmm...its arround us..sush nak elak..saya kata pada diri simple je...'manusia perlu bersosial, jadi nikmatilah hidup sebagai students ini sebaik mungkin'...


kemudian tak cukup dengan kuliah..tutorial..dan program...Allah menambah satu lagi cabaran dalam hidup saya..Allah uji saya menggunakan masa..sekarang saya dalam pembikinan usaha sama menulis buku..bulan lepas saya ditawarkan untuk menjadi salah seorang penulis dalam buku terbitan mereka..(tak perlu saya mention disini rasaya..tunggu kemunculannya..insyaAllah) jadi masa saya sangat pack...untuk menulis saya perlukan ilham..perlukan ruang dan waktu..tapi kadang-kadang..bila saya tuggu bas..bila saya di toilet atau bila saya dalam tutorial time tu la ilham datang..arrrggghhh...bila saya di depan lappy cumil ni tak mahu pulak dia mari tu ilham...saya sangat stresss....


Pagi tadi saya mengikuti program "Anda Berhak Hebat" oleh Tuan Haji Mt. Taib b. Mat...seorang coach atau motivator yang sangat berkeliber dalam bidangnya... melalui program ni baru saya dapat banyak ilmu..tapi satu benda yang saya berminat untuk kongsikan....Tuan Haji bersoal pada kami..


"Kenapa kamu berada dikedudukan ini?"

"Kenapa kamu memilih untuk menjadi pemimpin?"
"Kenapa kamu buat sesuatu perkara itu?"

Tuan haji bersoal kepada kami selepas beliau tak mendapat apa-apa respon bila bersoal pada kami..


"Siapa yang gembira pengang jawatan yang dia ada sekarang?"

"Siapa yang gembira yang jadi pemimpin sekarang?"

sungguh tiada sorang antara kami yang hadir tu mengangat tangan..hmmm..teruk kan motivasi kami,,


Kemudian...secara ringkasnya kesimpulan  apa yang saya dapat dari Tuan Haji dalam slot ini..jika kita tidak ada 5sebab kenapa kita melakukan sesuatu perkara itu, kita bermasalah..dan lebih baik kita keluar dari keadaan itu..kerana kita hanya akan mendapat kesakitan..


Maka izinkan saya memberi 5sebab kenapa saya berada di kedudukan ini:

1. LillahiTa'ala
2.Saya nak explore kehidupan sebagai students
3.Saya nak manfaatkan diri saya pada rakan-rakan dan persekitaran saya
4.Saya nak memanfaatkan orang sekeliling dan persekitaran untuk kecemerlangan diri saya.
5.Saya nak menjadikan Universiti/kuliah/tutorial/program dll sebagai medium dakwah untuk agama saya.

Satu lagi perkara atau persoalan yang ditimbulkan oleh Tuan haji..sebelum tidur apa yang kita hajatkan untuk hari esok jika miracle itu boleh berlaku..


The Nigth of Miracle ; What your Wish???

1. Saya nak mama yang kejutkan Subuh saya ^^
2. Saya nak besok jejaka idaman purpose diri saya jadi zaujah dia.. hihihi
3. Saya nak Allah kembalikan Nikmat mata saya -_-

Sekian dulu update kali ini..hehehe..*blushing sendiri*




Ahad, 10 Februari 2013

Cemburukan Si Pendakwah Muda


Hari ni aku tengok ramai anak2 muda yang giat tampil ke depan untuk berdakwah, ada yang giat buat Vlog, ada yang giat b’Blog, ada yang berdawah melalui Fb..Tweeter dan macam2 lagi..selagi ada medium interaksi sosial ni selagi tu manusia memanfaatkannya.. MasyaAllah secara peribadinya aku sellout kat dieorang ni…

Aku bukanlah nak menjadi salah seorang dari mereka pada awalnya..menulis blog hanyalah sebagai galang ganti mengisi kebosanan mulanya, dirasakan banyak idea untuk bicara waktu2 cuti semester ini jadi aku mula berblog…

Tak kisah apa aje aku rasa nak ditaipnya kat papan kekunci Compaq ni, maka aku taip..otak pulak mengerah kata2..tapi dari 1st entry aku..aku cuba untuk sampaikan sesuatu..mungkin sebab aku jugak bukan sorang yang suka cakap kosong..


Jujur aku cemburu tengok kawan2 yang berjaya tambat hati ramai anak muda sekarang dengan cara masing2 menyebarkan dakwah, keindahan islam, gaya hidup islam, bahkan dalam menegur kesilapan anak2 muda sekarang..mereka sangat kreatif…aku mula memendam niat..bukan untuk jadi seperti mereka..yang punya beribu like or follower…tapi aku mahu beribu doa dari malaikat yang mempermudahkan urusanku sebagai pendakwah kerdil, aku mahu setiap titis keringatku dalam urusan ini dihitung sebaik-baiknya oleh Allah s.w.t…

Saban hari aku sering teringat kata-kata dari seorang sahabat…

“Kak Wun, even 1sen kredit kita pun Allah akan tanya kat akhirat kelak, apa yang kau gunakan untuknya?”
“Allah akan tanya, waktu muda kau buat apa untuk agama kau?”


Dan masa tu jugak baru aku jelas kenapa sahabat aku ni tak suka sebarangan gunakan fon, lebih-lebih lagi dalam berurusan dengan lelaki…jarang untuk dia angkat kol or dia yang kol lelaki jauh sekali..melainkan urusan betul2 penting..berbeza dengan aku yang kurang sabar..sikit2 terus kol..jadi mulai hari tu aku cuba belajar bersabar, dan sendiri hitung apa yang aku lakukan..adakah mendapat redha Allah? atau murka Allah?..namun aku tidak sempurna..sering lagi tergelincir.. Astaghfirullahaladzim…


Dan kita sebagai khalifah kat pentas Allah ni wajib dalam melaksanakan perintah Allah…seperti firmannya :

"Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya."
(Surah Ali-Imran, ayat 104)

Tapi aku tahu..aku tak perlu gelojoh untuk laksnakan niat ni..Allah juga tak marah, Allah mesti faham..tak kan la aku nak berdakwah sedangkan ilmu masih cetek..kan? tapi untuk berdakwah atau menyampaikan sesuatu yang baik atau Amar Makruf Nahi Mungkar tak perlulah tunggu sampai jadi ustaz or ustazah, ATAU belajar kat pondok ATAU mesti ada degree syariah..senang kata tak perlu pengiktirafan manusia..cukup kamu punya Ilmu Allah, Kamu mengamalkan Ilmu Allah, dan kamu berIman dengan Allah..

Zaman teknologi ni Ilmu penting untuk menipu..apatah lagi untuk menyampaikan Kebenaran dan Kebaikan..ni cabaran zaman sekarang…manusia payah dah membezakan mana yang betul mana salah..paling dekat isu sekarang menutup aurat..pakai tudung dah dikira aurat tertutup..mereka lupa batas aurat tu dimana dan harusnya macam mana untuk menutupnya bukan membalutnya..aiseh..kalau tak ada ilmu, ingat boleh suke2 ke menegur tentang hal ni? Mungkin boleh je balun sape2 yang tak menutup aurat mengikut syariat tu, tapi kesudahnya apa?? Mungkin hanya salah faham yang jadi, mungkin pergaduhan pun boleh jadi dan lebih teruk mungkin agama yang akan dicela2…akhirnya apa yang nak disampaikan tak sampai tapi lebih menjauhkan mereka dari fahaman sebenar..

Soooo..sebab tu nak menyampaikn atau memperbetulkan biarlah ada ilmu tentang perkara tu..jika tidak rujuklah pada orang yang lebih arif..tapi jika kita pandang konsep amar makruf nahi mungkar pulak..

"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."
 (Hadis Riwayat Muslim)

Maka jelas dalam hadis ni cara bagaimana kita nak mengamalkan amar makruf nahi mungkar ni, ada step-stepnyer kan..kadang2 manusia dah mampu mengamalkan amar makruf..mengajak kepada kebaikan contohnya ajak pergi masjid..join usrah..tapi yang beratnya nahi mungkar..iaitu mencegah kemungkaran..lebih2 lagi kemungkaran depan mata..inilah cabaran sebagai khalifah di muka bumi ni bagi aku…

Mudah ke untuk mencegah kawan kita daripada bergaul mesra sesama bukan muhrim? Mudah ke nak mencegah sahabat2 kita daripada mengumpat dan mengata? Mudah ke nak mencegah teman2 kita daripada menonton video2 yang merosakan akhlak lagi lagha? Mudah ke nak mencegah bF kita daripada terus mendedahkan aurat? 

Ini baru insan2 yang paling dekat dengan kita..Kawan, Sahabat, Teman, bF (best Friend)…apa lagi orang yang jauh dari kita..mahu mereka dengarkan teguran kita…inilah fungsi Ilmu..inilah fungsi Iman…sesunguhnya Sabar itu separuh dari Iman..sabarlah duhai hati dalam mengajak kepada kebaikan :)

Thankz to my friend yg sudi bagi Dua' ni :)



Khamis, 7 Februari 2013

Ada Aku Dalam Kita…


Bila kita bersama menghayun langkah
Memanjat tembok impian bernama Kejayaan
Aku tersenyum kerna berdamping dengan kamu
Kerna aku tahu kalian tercipta buatku
Dicipta untuk bersama mencoret sebuah kejayaan...
Dalam erti payah
Dalam ombak resah
Dalam hinggar papah
Kita seiring
Kita selangkah
Kita searah...
Dalam ranum hujan yang tidak sekata
Terkadang aku lelah
Terkadang aku leka
Terkadang aku marah
Tapi kalian...
Penghibur duka lara
Biar dibisik songsang hidup
Biar tak pasti laman perselisihan
Tapi aku yakin dalam konotasi persahabatan...
Aku yakin dalam malap..ada terang dari malam…ada suram dari siang..ada aku dalam kita…

Tinta kosong buat si teman.. -Aiinalyaqin-

Isnin, 4 Februari 2013

Takut itu Fitrah atau ???


Zaman sekarang ni ramai manusia yang suka dengan istilah ‘takut’ sebab sinonim dengan fitrah manusia katanya.. mungkin ya fitrahnya manusia akan ada perasaan takut tu, tak kira la takut pada parents, cikgu atau haiwan like katak?? Errr…hehe..

Tapi aku rasa terdetik hari ni nak cakap tentang takut pada Allah…adakah semua orang ada rasa takut pada Allah? Adakah semua orang sering pupuk rasa takut pada Allah? Atau diri sendiri pun tak pasti takut ke tak? Yang paling common la kan, semua orang boleh cakap ‘ye, aku takut pada Allah’ dengan muka slumber..hrmmm..boleh tak kita compare dengan orang yang kata ‘aku baru Nampak hantu…seram giler!!!’  cer tengok muka orang tu..mostly berbezakan?? Sebab tu aku yakin semua orang hanya tahu cakap…tapi tak tahu ape yang dia cakap..hehe..

Jika seseorang tu tak takut pada Allah dia akan takut pada banyak perkara kat dunia ni…dan bila seseorang tu takut pada Allah dia tak akan takut pada Apa-apa kat dunia ni..Amazing rite?? So how could people say I’m afraid of Allah but he/she still afraid of Hantu?? Or afraid of public speaking??? Takutkan????hahaha…

Manusia-manusia yang masih takut akan perkara2 kat dunia ni..mostly Hantu..mesti dah biasa dimomokan dengan cerita2 negatif dari kecik lagi..ni la side effect bila besar..dan sebenarnya manusia yang tak takut pada Allah pulak, contoh dia buat dosa..tak ada rasa salah tapi bangga dengan kemungkaran yang dia buat..riak, berbohong, mengumpat, bangga diri, menjatuhkan orang lain jugak antara simptom2 tak takut Allah..ni kan pulak memang terang2 kalau seseorang tu syirik..nauzubillah…

Manusia yang tak takut Allah ni sebenarnya belum cukup kenal pada Allah…MasyaAllah ruginya hidup kat dunia ni, guna nikmat Allah hari2..tapi tak kenal siapa yang bagi nikmat tu kan…so, macam mana nak kenal Allah???

Yang penting mestilah ada ilmu… orang yang berilmu sahaja pandai menghargai dan akan dihargai..tapi pelik kan kadang2 masuk U bagus2 pun tambah riak, makin banyak ilmu makin sombong pulak dengan Allah..sebabnya ada ilmu tapi niat tak ikhlas kerana Allah..jadi bila menuntut ilmu tu biarlah ikhlas..dalam proses menuntut ilmu public speaking tu memang biasa kan..tapi kadang2 perasaan takut tu tetap ada..cuba kita check diri kita kenapa la kita takut sangat public speaking ni, takut sangat nak presentation kan..sebab mesti kita fikir..ish takutnya apa la kawan2 aku kata, ish takutnya tak boleh buat, ish takutnya aku tak sebagus dia..dan macam2..MasyaAllah ni semua simptom manusia yang takut pada pandangan orang, risau sangat apa orang kata…tapi kalau kita dari awal niat menuntut ilmu ni ikhlas kerana Allah..semua perasaan takut tu akan hilang sebab apa?? Sebab..kita buat semua untuk penilaian Allah bukan penilaian manusia, jika kita niat ‘aku present hari ni sebab nak kongsi ilmu kerana Allah, bukan nak menunjuk bukan nak compete dengan sape2, kalau kawan2 dapat ilmu yang aku kongsikan ni, pahala ganjaran aku, jadi Ya Allah nilailah aku’

Simple kan??? Cakap senang…hahaha…


Secondly, tadi tak takut pada Allah sebab Ilmu…next, sebab environment…kalau kita yang dah besar2 ni jadi mangsa side effect parents yang duk cakap2 psal hantu..hantu..hantu dari kecik lagi..so dah sampai masanya buang semua tu dari memori sedar anda ya..hehe..macam mana?? Kita makin percaya ada hantu pun bila makin syok tengok cerita2 vampire, hantu kak limah la..hantu botol la..err..apa2 la kan..korang rasa ada manfaat ke tengok2 semua tu??? Pertama, makin korang percaya ada hantu atau tak percaya? Second, boleh tambah iman ke tengok2 citer ni? Sebab tu environment korang…korang yang kena pilih..coz its reaaalllly effect not only ur self but ur Iman…. Percaya pada malaikat..benda ghaib memang haruslah tapi kalau sampai korang solat sendiri2 pon rasa macam ada benda je kat belakang..hihihi… padahal kita solat tu tengah berinteraksi dengan Allah, tengah mintak kebergantungan pada Allah tapi macam ada feel takut pada benda lain pulak..see???

So, mulai sekarang bijak la create ur environment.. kena pandai pilih channel ape nak tengok..dah kata belum cukup kenal Allah..so, bina environment yang membuatkan kita nak kenal pada Allah..bijak pilih majalah ape kte nak tengok, bijak pilih kawan yang boleh share ilmu dengan kita..

Tak dapat dinafikan perasaan takut ni sangat berkait rapat dengan Iman..so..tolong recharge Iman setiap hari..pastikan setiap hari kebergantungan kita, ketakutan kita hanya Pada Allah. Orang biasa cakap..ingatlah mati..nanti kita takut nak buat Dosa… takut nak buat dosa sebab mati bukan sebab Allah… aku sangat benci pemikiran macam ni..

Ni jugak salah satu cara macam mana kita didik hati takut pada Allah…bila kita cakap pasal kiamat, orang mesti ingat mati..then orang akan takut..cube amalkan sistem check diri..’kenapa nak takut mati?’ sebenarnya kita tahu kita takut mati sebab SakaratulMaut bergantung pada Amalan..so orang yang takut mati ni dia tau la Amalan dia tak cukup..so, daripada takut mati..baik kita takut Allah, sediakan amalan untuk mati nanti..simple!!! huhuhu

Last but not least..takut memang fitrah..Allah yang membolak balikan hati2 hambaNya, Allah yang memegang hati2 hambaNya… jika Allah mampu uji kita dengan perasaan takut dengan pelbagai rupa…Allah juga mampu menghapus perasaan takut itu sekelip mata…aku yakin Allah hanya menguji hambaNya dengan rasa2 takut itu untuk melihat hambaNya siapa yang di cari saat takut itu menjelma..dan Allah meminta kita untuk gunakan setiap perasaan itu ‘bertempat’… 

Sabtu, 2 Februari 2013

Repenting For The Same Sin



What is the rulings regarding the one who repents from a sin, then he returns to it again, so he repents again, then he returns to it (yet) again and so on. What is the ruling regarding his repentance? 

These repentances are all correct, because whenever someone commits a sin then repents to Allah from having committed it and fulfills the conditions for repentance THEN Allah accepts his repentance.

And if he falls into the sin again, then he should repent for a second time, and then a third time and a fourth time as Allah S.W.T says: 

 “O ‘Ibaadee (My slaves) who have transgressed against themselves (by committing evil deeds and sins)! Despair not of the Mercy of Allaah, verily, Allaah forgives all sins”
 (Surah az-Zumar, 53)

However, that which is important is the repentance must be sincere and truthful, and that he must be determined never to return to committing that sin again!!!!

His repentance must not be an empty one..that he repents, yet in his heart he has the intention to return to that sin..such a repentance is not genuine.

However, if his repentance is genuine..and at the time of committing the sin he was determined never to return to committing that sin again, then if he was to commit the same sin again…his first repentance will not be nullified, rather, his first repentance is correct, and whenever he commits a sin and repents, Allaah will forgive him.

References : Sheikh Ibn ‘Uthaymeen




Rabu, 30 Januari 2013

Bakal SuamiKu


Jodohku,
Aku harap kau merinduiku
Seperti mana aku merinduimu kala ini.

Jodohku,
Aku harap kau bisa mencintaiku
Seperti mana aku juga bakal mencintaimu
Suatu hari nanti…

Jodohku,
Ingin sekali aku menatap wajahmu.
Memohon kemaafan dari mu...

Jodohku...
Maafkan aku kerana aku tidak sempurna untukmu.
Maafkan aku mungkin bukan aku mahumu.
Maafkan aku mungkin bukan aku penyejuk hatimu.
Maafkan aku mungkin bukan aku isteri solehahmu.
Maafkan aku mungkin aku tak bisa menjadi ibu zuriat keturunanmu.
Maafkan aku mungkin aku tak bisa bersamamu sepanjang hayatmu.
Maafkan aku mungkin belum tentu aku mampu membahagiakanmu.

Ketahuilah wahai jodohku,
Apa jua kemungkinan aku untukmu.
Tidak mampu menzahir hikmah yang tertulis olehNya.

Namun…
Aku tetap merasa salah
Andai tidak siap untuk dirimu kelak.
Kerana..
Aku Tercipta untukMu Kerana Akulah Jodohmu..

aiinal-yaqin :)

Selasa, 29 Januari 2013

Cherita 1 : Apa Masalahnya??


Si Ayah menghampiri ke dua anak kecilnya. Si Kecil yang berusia 5 dan 7 tahun itu asyik bermain di ruang tamu. Si Ayah duduk, terasa buntu bagaimana harus memulakan kata-kata pada anak-anak sekecil itu, adakah mereka faham erti kesulitan?

Si  Ayah tidak tahu bagaimana caranya untuk memberitahu kepada anak-anaknya bahawa mereka harus berpindah. Dari rumah besar yang mempunyai 3bilik tidur dan keselesaan kepada rumah yang hanya punya sebuah bilik tidur dan serba kekurangan. Anak-anak kecil itu sudah biasa berasingan bilik, sudah biasa berlari bebas di perkarangan rumah, sudah selesa tidur berselimutkan penghawa dingin. Si Ayah buntu, kerana Si Ayah telah kehilangan pekerjaan setahun yang lalu, tidak mampu lagi menampung kos penyewaan rumah sebesar itu. Si Ayah membuka bicara...

Si Ayah:                      Sayang, besok kita akan berpindah. Maafkan Ayah.
Si Anak 7tahun:        Kenapa?
Si Ayah:                     Ayah dah tak ada duit banyak untuk rumah besar ni, kita akan pindah  ke rumah yang kecil, yang punya 1bilik je, kakak dengan adik kena tidur sama.
Si Anak 5tahun:        Ayah je pindah atau semua?
Si Ayah:                      Semua...
Kdua-dua Si Anak:   Jadi apa masalahnya?
Si Ayah:                      Hanya tersenyum

Jika kita lihat masalah atau kesulitan itu dari satu sudut kepayahan, lihatlah ia mulai sekarang dari sudut keindahan. Mungkin Si Ayah tidak mampu lagi memberikan kemewahan pada anak-anaknya tapi lihat keindahan pandangan seorang anak, bukan besar kecilnya rumah itu tetapi yang penting bagi mereka Ayah dan keluarganya bersama-sama mereka.

“Apa sahaja yang kamu lakukan bagi kebaikan keluargamu, itu adalah sedekah kepada mereka.”
 (Hadis Riwayat Bukhari)


Bukankah nilai seseorang itu lebih besar dari sesuatu… maka, mengapa sedih kehilangan sesuatu saat kita masih punya ‘sesuatu’ yang lebih bernilai. 



Ahad, 27 Januari 2013

Hari ni Lebih Baik Dari Semalam

Cuti..cuti..cuti...membuatkan aku sangat bosan..terperap sorang2 kat bilik ni..setiap pagi aku bangun dengan semangat yang baru la konon2...arini nk buat ni..nak buat ni....Last2 pai ke subuh semula habuk pon tarak...ish motivasi dan IQ aku sangat terjejas cuti2 nih..nak wat macam mane tak ada motivater kat sekelilingkan..bagun makan tido..online jelah...

Tapi bagusnyer arini...aku diberi sedikit keinsafan pada diri..huhuhu..hadis ni membangkitkan semangat aku..


"Barangsiapa yang amalannya hari  ini lebih baik dari semalam,
dia adalah orang yang beruntung.
Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam,
dia adalah orang yang rugi.
Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam,
dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T."
(Riwayat Al-Bukhari)



So..bila aku2 pikir2 balik..rugilah aku kalau membiarkan setiap detik itu tanpa apa2 manfaat pada diri ni..jadi macam mana nak manfaatkan masa tu???hurrmmm..
Nak jadi baik hari ke hari bukanlah kite perlu 24jam berada kat tikar sejadah, 24jam pegang tasbih atau 24jam update status2 bunyi islamik kat FB,Tweeter sebagainyee..huhuhu..mesti ada yang terasa...hihi 

Pada aku hidup ni kreatif untuk membuat kebaikan, macam mane boleh jadi kreatif tu??? Dengan pemikiran la...untuk jadi baik dari sebelumnya bukanlah perlu di ukur tang luarannya..kebaikan yang kekal dan berterusan pasti bermula dari dalamkan..sooo..mulakan setiap kebaikan itu dengan Niat..Simple!

Mungkin ramai yang pernah dengar bahawa dengan berniat je kita boleh pahala jika ia adalah sesuatu yang baik..tapi janganlah la stop setakat niat je..contoh arini aku niat nak turun solat jemaah kat surau..tetiba masuk waktu..errr..rasa malas la..tak jadi la..so dapat jugak pahalakan sebab dah niat..tapi kan bagus kalau niat tu tertunai terus..benda ni mesti selalu jadi kan..aku selalu macam tu.. 

Jadi..berbalik pada konsep kita..macam mana nak jadi baik hari ke hari..Niat dah bagus dah..then macam mane nak run niat tu biar menjadi??? so kat sini la peranan pemikiran yang kreatif.. bila aku rasa malas nak turun solat jemaah walaupun dah niat..aku akan kreatifkan pemikiran aku...aku akan fikir tentang ganjaran solat jemaah tu nanti..WWaaaaa..banyak tu..tak pon aku akan fikir kalau aku tak turun hari ni, imam tu ada makmun ker..huhu..maklum la cuti kan..setidak2nyer bile hari2 aku turun nanti boleh la jadi motivate pada imam tu...then memang betoi bila aku turun ke surau kadang2 ada orang pon sorang dua ja..walaupon memang tugas dia melaungkan azan on time..tapi dia jugak manusia biasa perlukan motivasi dalam melakukan kerja..so..aku menyumbangkan??? hehehe...

Sebenarnya pemikiran kreatif ni cume istilah yang aku bubuh..hehe..atau dalam bahasa psikologinya adalah Positive Thinking..nampak tak di situ..aku memotivasikan diri dengan berpositif..nak positif2 pon letih dik oi kalau benda tu membosankan SOOO..jadilah kreatif untuk didik pemikiran kita..Simple kan!

Then apa lah aku buat hari ni?? hehe..yang penting aku sah set dalam kepala jangan buang masa..antara beberapa benda yg aku buat la kan..
  • aku download video iproduksi...comey kartun die.. atleast ada jgk somethng yg aku dpt dr video tu
  • aku pon download zikir terapi Hafiz hamidon banyak2..huhu
  • I'm drawing again  =) 
picture ni xabis edit lagi..tp xcited nk upload..huhu

picture ni lama dah lukis..aku lukis pic nih utk hadiah hari jadi last year budak ni lah..huhu

err..ni saja ja upload..mean arini gak aku dh mula tulis diary balik..huhu
bukan tulis yg bukan2..just tulis setiap kebaikan yg aku buat setiap ari..kang tulis kat blog ni boleh riyak lak..kurang pahala oden..hehe


So Moral of da Story..buat la apa korang rasa nak buat selagi tak mmudaratkan diri tu dan selagi memanfaatkan masa dan diri anda..jadilah Kreatif untuk menjadi Baik =)
 

Khamis, 24 Januari 2013

Cam ne Nak Khusyuk dalam Solat ???

Aku Dulu Kini Dan Selamanya... InsyaAllah :)


Saban malam aku fikir, Tuhan terima ke solat aku, taubat aku, ibadah aku… aku yakin aku belum cukup sempurna, tapi kadang-kadang aku fikir nk jadi sempurna untuk siapa? Dan sempurna itu berupa apa???

Masa aku melangkah masuk tingkatan enam, aku sikit berubah dari tahun sebelumnya..mungkin sebab aku kehilangan sorang ayah waktu tu jadi aku berusaha jadi anak yang terbaik sambil memegang amanat arwah papa “kak wun, jaga adik2”. Tingkatan enam merupakan waktu singkat pada aku, tapi dalam waktu tu aku di ajar erti persahabatan dan kehidupan. Waktu tu aku dah mula bertudung labuh, tak ada kawan yang menegur mungkin tak ketara sangat sebab taun sebelumnya aku bukanlah memakai tudung yang sangat singkat, aku mula selesa bertudung labuh. TAPI waktu tu aku ‘bercouple’ dengan seseorang. Dia pesaing aku paling dekat di dalam kelas terutama dalam akademik, aku tak tahu kenapa macam magic tiba2 tingkatan enam aku menonjol sedikit dalam akademik sedangkan masa form 5 aku bukanlah antara pelajar cemerlang atau pelajar harapan. Mungkin kedegilan aku dalam berfikir waktu tu dah berubah, bila result test pertama keluar keputusan aku sangat tinggi, mungkin subjek sastera membantu aku masa tu. Dan lucunya aku sorang yang ambil subjek tu, aku terpaksa study sendiri tapi mungkin sastera separuh dari jiwa aku..jadi ia sangat membantu..test2 berikutnya pun aku dapat kekalkan result tu. Alhamdulillah, antara faktor yang aku rasa mendorong untuk aku kekalkan pencapaian aku adalah mungkin sebab si dia juga, aku sangat suka bersaing dengan dia..sampai pernah kami buat perjanjian hitam putih untuk tengok result siapa paling tinggi..hehe..dan saksinya semua kawan2 dalam kelas tu. Kemudian, mungkin aku rasa bertanggungjawab sebab aku juga memegang jawatan tertinggi dalam tingkatan enam tu..ehem3..Presiden MPP Pra U SMK….opps..mantan dah..dan timbalan aku adalah si dia, so Nampak tak di situ significantnya?? Aku seboleh2 nak buktikan pada semua orang percintaan aku dengan si dia itu bukan pemusnah masa depan tapi permulaan masa depan. Hasilnya ya, kami berjaya buktikan tapi aku tewas beberapa mata dengan si dia, result STPM dia lebih tinggi sedikit dari aku walaupun sebelum ni aku yang akan mendahului..tapi itu pun aku dah bersyukur sangat2..aku dan dia berjaya menutup mulut2 jahat yang duk mengata kami dulu berkepit kehulur kehilir sedangkan dia asst aku..so nak buat macam mana kan..huhu..(alasan) dan sekarang aku dapat buat degree kat UMS dia pulak buat degree kat UKM..bidang yang berbeza..macam aku kata percintaan kami bukan pemusnah tapi permulaan masa depan..dan sekarang Ya kami dah buat haluan masing2..tiada lagi istilah Cinta atau Couple…Terima Kasih awak sebab jadi sebahagian pendorong saya ke menara gading. :)

Universiti Malaysia Sabah…Sabah tu sendiri terlalu indah kat mata aku, jika orang tanya macam mana life kat sabah? Apa yang best? Jawapan aku simple..Bumi Allah paling damai pernah aku jejak. Waktu aku jejak kaki ke bumi sabah ini…personaliti aku jauh berbeza masa zaman form 6..kalau dulu aku bertudung labuh, tak kenakan sebarang solekan tapi aku seorang yang berbeza masa aku sampai sabah. Heel 2inci, make up 2inci, baju kurang inci..huhu..dan lain2..huhu..malu nak sebut lebih2..bunyinya macam perubahan mendadak kan? Tapi sebenarnya tak, lepas aku form 6, aku merantau jauh..ke KL..muar..Jb untuk bekerja, bukanlah kejar duit sangat just nak dapatkan pengalaman..dalam merantau tu la secara tak sedar aku berubah slow2..serius aku pon tak sedar tapi yang paling ketara aku berubah bila bekerja di Johor bahru kat sultan ismail international airport..ha mau taknya berubah, korang tengoklah orang2 keje airport tu tak adanya yang muka pucat2 selekeh2 kan..kalau ada memang kena pecat dah..jadi aku pun jadi mangsa tuntutan displin kerja masa tu. Displin la sangat..huhu.. bila aku sampai sabah personality tu la yang aku bawak masa minggu pertama, minggu seterusnya aku berubah sikit just simple2..bila kuliah mula aku lebih suka pakai baju kurung..entah bila aku dalam dewan ilmu, aku rasa aura lain..bila aku pakai over aku rasa macam tak hormat ilmu yang di sampaikan..tiba2 aku jadi kosong, macam tercari2 identiti… dan jujurnya aku tak suka berkawan masa tu, bulan pertama memang tak ada kawan. Lebih suka menyendiri..tapi bila assgmnt dah dapat, group assgmnt pon kena running buat..aku mula plan jgka pnjg strtegi stdy..dan masalhnya Cuma aku tak ada kawan..mungkin dah jadi tabiat kot, aku ni jenis yang praktikal nak buat something, bila aku plan ssuatu mksudnya aku jelas apa yang aku nak. Bila aku nak pilih kawan pon aku dah set dalam kepala, aku tak nak kawan yang pakai buang, aku nak kawan yang sama2 ada matlamat macam aku, aku nak kawan tu menjadi pendorong aku dan aku juga jadi pendorong kepada dia.. aku tak nak kawan yang hanya atas assgmnt, atas meja mkn atau hnya kawan dalam komen2 fb..thats annoying to me..aku sangat perlukan kawan masa tu dan aku betul2 doa supaya hadirkan sahabat2 seperti yang aku iniginkan. Alhamdullilah, doa aku Tuhan betul2 dengar..dan aku tak salah memilih sahabat tu.. kami bertiga bertahan menjadi sahabat hari ke hari..masing2 saling bergantung, persahabatan kami juga sedikit sebanyak sering menjadi perbualan suara2 nakal..yala bunga berkawan dua kumbang, siapa tak berkata, aku sayang sangat kat sahabat2 ni dan kami dah macam adik beradik sekarang, ketawa, menangis, bergaduh, tension bersama..sesungguhnya persahabatan itu indah. 

Sangat indah dan lebih indah dari percintaan.. sejak aku berkawan dengan mereka, menjadikan aku sedikit berubah, mereka sering menegur baik buruk.. dan lebih indah, mereka mendekatkan aku dengan Allah.. aku tahu mereka berusaha dalam diam untuk mentarbiyahkan hati aku, dan aku mengambil masa yang sangat panjang untuk menimbal balik kata2 mereka, teguran mereka..aku bukan bertahan atas alasan ‘hidayah belum sampai’ ‘aku tak nak hipokrit’ ‘aku nak jadi diri sendiri’ TIDAK sama sekali, aku bukan bertahan kerana itu semua, Cuma aku membelek balik diri aku setiap hari, jika aku buat begini2..berubah begini2..untuk siapa? Bagaimana jika aku buat tapi aku tidak mampu untuk kekalkan? Sebab aku pernah melalui transformasi itu dan aku tak mahu ia berulang, dan saat tu aku terfikir kenapa dulu aku boleh berubah menjadi kembali jahil? Kenapa aku sanggup membuang imej tudung labuh tanpa sekelumit rasa bersalah..kenapa? kenapa? Setelah berhari2 aku muhasabah diri dan mencabar diri untuk mencari jawapan..maka aku temui kebenaran..bodohnya aku waktu itu, jahilnya aku waktu itu.. kenapa aku perlu berubah? Untuk apa perlu berubah kepada yang lebih baik? Mudah. Hukum Allah siapa kita untuk pertikaikannya? Siapa kita? Apa hak kita untuk pertikaikan suruhannya, sedangkan Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)


Aku sedang berperang dengan jiwa dan nafsu..jika aku tak kuat untuk mengalahkan nafsu, aku akan kalah..kalah dalam keadaan jahil. Allahmdulillah kini aku tidak lagi bodoh untuk mempertikaikan sesuatu hukum Allah, aku sudah kembali bertudung labuh. Dan aku memegang prinsip “No Excuse For Allah” apa Allah suruh buat kita buat..simple kan.
Satu lagi persoalan, bagaimana jika aku tak mampu untuk kekalkannya? Yela sedang dulu memang terbukti aku tak mampu kekalkn bertudung labuh. Mudah. aku tanya kembali pada diri, apa yang sebenarnya yang aku nak kekalkan..tudung labuh semata2?? Tidak, apa yang perlu aku kekalkan adalah Iman dan Taqwa..dan yang paling penting adalah bagaimana kita nak jaga Hidayah yang Allah dah kurniakan itu..simple, aku just doa “ Ya Allah, janganlah kau tarik hidayah setelah engkau berikannya kepadaku, sesungguhnya aku takut menjadi jahil tanpa HidayahMu”.

‘’Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar’’
(Surah Al Ankabut,45)

Bila solat itu dah didirikan tapi masih tak dapat mencegah kita dari kemungkaran maka bermakna solat kita belum cukup sempurna.  Allah s.w.t telah berfirman bahawa solat itu mencegah dari melakukan kemungkaran, maka perlulah kita berusaha untuk khusyuk dalam solat. Perlulah kita ingat kepada Allah semasa sembahyang untuk menghayati maksud solat itu sendiri kan? Inilah caranya macam mana membantu aku untuk istiqamah dalam berhijrah, simple explanation: tak akan aku buang tudung labuh ku lagi (atau melakukan kemungkaran) selagi Iman aku teguh didalamnya kerna Aku memakai sebaik2 pakaian iaitu Taqwa.

“Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya adalah orang-orang berilmu.”  (Al  Fathir: 28)

Untuk mencegah dari kemungkaran kita perlu ada rasa takut pada Allah, sangat2 perlu.. dan seperti Firman Allah S.W.T orang2 yang takut kepada Allah adalah orang yang berilmu, aku jugak yakin dengan adanya ilmu jugak la dapat membantu kita membezakan baik dan buruk. Semudah itu bukan? Maka tuntut lah ilmu..

“Menuntut ilmu adalah fardhu bagi tiap-tiap Muslim, baik laki-kali mahupun perempuan.”  (HR. Ibn Abdulbari)

Alhamdulillah Allah tak jemu membukakan mata hati aku walaupun sering kali tersungkur dalam keadaan yang jahil, sesungguhnya aku masih dalam proses memperbaiki diri..tidaklah sempurna yang ku cari dalam diri ini tapi penyempurnaan sebagai hamba kepada sang pencipta. Jujurnya kini aku dalam proses istiqamah, proses mendidik hati..degil sungguh hati ini..sangat degil..maka aku perlu recharge Iman sepertiga malam..aku perlu perkemaskan Taqwa saban pagi..dan yang paling penting aku perlu reload Ilmu setiap hari.. aku suka buat semua tu sekarang ni… biarlah aku tamak dalam hal ini kerana hati aku sangat2 memerlukannya, mungkin orang lain tak perlu..hati korang dah cukup terdidik kot..


"Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat”  (HR. Bukhari)






Isnin, 21 Januari 2013

Hati Vs Jiwa

Dalam diam hati sering berbisik 
Manakah jalan yang harus dituju 
Manakah pintu yang harus dilalu 

Dalam samar jiwa pun berkata 

Untuk apa kau mencari jalan 
Jika usaha tak bersamamu 
Untuk apa kau cari pintu 
Jika doa tiada di bibirmu 

Lantas… 

Hati seakan merajuk 
Menutup ruang yang ada di hadapan 
Mengunci pintu yang merantai 

Jiwa memujuk… 

Jalan itu menjala kau biar saja 
Pintu itu terbuka kau endahkannya 
Jika kau punya mata 
Pasti kau lihat hikmahnya 
Jika kau punya rasa 
Pasti kau tahu akibatnya 

Lantas hati berkata… 

Aku pasti aku tak punya mata 
Kerna itu ku tak melihat apa yang menjala 
Aku yakin aku tak punya rasa 
Kerna itu ku tak merasa musibahnya 

Tapi… 

Aku tahu aku punya jiwa 
Yang mengantikan aku untuk melihat 
Yang mengantikan aku untuk menikmat 
Mata hati untuk jiwa yang menikmat 
Rasa hati untuk jiwa yang selamat_aiin Al-yaqin

Ahad, 20 Januari 2013

I'm a bit Touch :)


Seems like I’m gonna make a lots of story here coz I have a lot of hours now
“Holidays are around!!!” hahahha
But I think I should take five minute a day to feel sad, yala everyone is going home what..how come I can pretend like I’m ok..errr..actually I’m reaaaally ok..yeah!! \O/
I love Sabah very much..if others can cry coz homesick bagai but I’m gonna cry if left this place..Dont take it from me! Macam tu la kn..huhuhu
This lately I informed by others brother that my friend Fahmi in critical condition and admitted in ICU Hospital Sultanah Fatimah. He got paru2 berair…hopefully he can fight this challenge well.. Make me think for a while, if people not really ready to face something matter like this, what should we do? As others and as own self..  
Seriously, we are really need preparation to ‘next life’.. whether is a Jannah or….. how could we really comfort just staying and lagha in this earth? How can we keep asking for dunya, for wealth, for happiness? 
 Instead of that, maybe we are one of them, we never realize that we feel that we better than other, we are good enough, we are complete in knowledge, like we know what’s happen tomorrow..  Keep planning of dunya matter, have you been thinking what have you done for your investment at Last? have you ever asking yourself what have you done for your Islam???
Is that good enough? In 24 hours of life, how much you spent only for check your Iman and Taqwa everydays??? Just think about it :)

Madthabs VS Quran n Sunnah

I’m always question myself is the Muslim obliged to follow a Fiqh Madhhab??? I think Islam does not require the Muslim to follow one of the four Madthabs. The Messenger SAW only called us to follow Quran and the Suunah. If a person is able to make verdicts and look into the evidence then he must follow the evidence and not a specific Madthab. As for the one who does not reach this level, then he must ask the people of knowledge, as Allah the Exalted says: 

“…Then ask the people of knowledge if you do not know” [Surah An-Nahl - 16:43] 



Sabtu, 19 Januari 2013

Dua'



Don’t treat Dua' like a medicine where you only use it in time of need.  Rather, treat dua' like the Air which you continuously breathe... Just think about it :)

Mind Your Words


Words are so very powerful, and we never know what state of mind someone is in at any time. You choose your words, but you cannot choose the affect they will have on people. Always speak out of love. True power does not crush others, but helps them to see their own greatness...

It's Hard but Possible


I've tried playing it cool
 When I'm looking at you
I can never be brave
Cause you make my heart race
You keep making me strong
 Frozen and can't breathe
Some things gotta get loud
In my heart
That I need you here with me
But I need that one thing
And you've it
Now I'm climbing the walls
But you don't notice at all
But now ...
Thank you 

Naskah Cinta Buat Sang Pencipta


Senaskah cinta
Khabaran syurga
Gubahan tangan Pencipta
Kasih atas segala kasih
Cipta buat kekasih
Sandaran hamba

Senaskah cinta
Tebaran rasa
Julangan kasih sang Pencipta
Abadian buat kasih dicinta
Sandaran syukur padaNya

Senaskah cinta
Lebaran kasih kepadaNya
Tadahan doa diminta
Membuatkan diri ini dekat kasihNya
Adakah ini rahmat daripadaNya
Syukurlah dengan kurniaanNya
Sandaran cinta kepada penciptaNya

Senaskah cinta
Luas definisinya
Tanpa kata tanpa tawa
Tanpa dapat melawan cintaNya
Sandaran air mata seorang hamba

Senaskah cinta
Butalah hati tanpaNya
Sumbanglah rasa tanpa cinta
Lenyaplah cinta tanpa adaNya
Kufurlah cinta tanpa penciptanNya

kolaborasi sahabat : YusufSobery_KakWun_Rusyairie_AbdulHalim