Khamis, 24 Januari 2013

Aku Dulu Kini Dan Selamanya... InsyaAllah :)


Saban malam aku fikir, Tuhan terima ke solat aku, taubat aku, ibadah aku… aku yakin aku belum cukup sempurna, tapi kadang-kadang aku fikir nk jadi sempurna untuk siapa? Dan sempurna itu berupa apa???

Masa aku melangkah masuk tingkatan enam, aku sikit berubah dari tahun sebelumnya..mungkin sebab aku kehilangan sorang ayah waktu tu jadi aku berusaha jadi anak yang terbaik sambil memegang amanat arwah papa “kak wun, jaga adik2”. Tingkatan enam merupakan waktu singkat pada aku, tapi dalam waktu tu aku di ajar erti persahabatan dan kehidupan. Waktu tu aku dah mula bertudung labuh, tak ada kawan yang menegur mungkin tak ketara sangat sebab taun sebelumnya aku bukanlah memakai tudung yang sangat singkat, aku mula selesa bertudung labuh. TAPI waktu tu aku ‘bercouple’ dengan seseorang. Dia pesaing aku paling dekat di dalam kelas terutama dalam akademik, aku tak tahu kenapa macam magic tiba2 tingkatan enam aku menonjol sedikit dalam akademik sedangkan masa form 5 aku bukanlah antara pelajar cemerlang atau pelajar harapan. Mungkin kedegilan aku dalam berfikir waktu tu dah berubah, bila result test pertama keluar keputusan aku sangat tinggi, mungkin subjek sastera membantu aku masa tu. Dan lucunya aku sorang yang ambil subjek tu, aku terpaksa study sendiri tapi mungkin sastera separuh dari jiwa aku..jadi ia sangat membantu..test2 berikutnya pun aku dapat kekalkan result tu. Alhamdulillah, antara faktor yang aku rasa mendorong untuk aku kekalkan pencapaian aku adalah mungkin sebab si dia juga, aku sangat suka bersaing dengan dia..sampai pernah kami buat perjanjian hitam putih untuk tengok result siapa paling tinggi..hehe..dan saksinya semua kawan2 dalam kelas tu. Kemudian, mungkin aku rasa bertanggungjawab sebab aku juga memegang jawatan tertinggi dalam tingkatan enam tu..ehem3..Presiden MPP Pra U SMK….opps..mantan dah..dan timbalan aku adalah si dia, so Nampak tak di situ significantnya?? Aku seboleh2 nak buktikan pada semua orang percintaan aku dengan si dia itu bukan pemusnah masa depan tapi permulaan masa depan. Hasilnya ya, kami berjaya buktikan tapi aku tewas beberapa mata dengan si dia, result STPM dia lebih tinggi sedikit dari aku walaupun sebelum ni aku yang akan mendahului..tapi itu pun aku dah bersyukur sangat2..aku dan dia berjaya menutup mulut2 jahat yang duk mengata kami dulu berkepit kehulur kehilir sedangkan dia asst aku..so nak buat macam mana kan..huhu..(alasan) dan sekarang aku dapat buat degree kat UMS dia pulak buat degree kat UKM..bidang yang berbeza..macam aku kata percintaan kami bukan pemusnah tapi permulaan masa depan..dan sekarang Ya kami dah buat haluan masing2..tiada lagi istilah Cinta atau Couple…Terima Kasih awak sebab jadi sebahagian pendorong saya ke menara gading. :)

Universiti Malaysia Sabah…Sabah tu sendiri terlalu indah kat mata aku, jika orang tanya macam mana life kat sabah? Apa yang best? Jawapan aku simple..Bumi Allah paling damai pernah aku jejak. Waktu aku jejak kaki ke bumi sabah ini…personaliti aku jauh berbeza masa zaman form 6..kalau dulu aku bertudung labuh, tak kenakan sebarang solekan tapi aku seorang yang berbeza masa aku sampai sabah. Heel 2inci, make up 2inci, baju kurang inci..huhu..dan lain2..huhu..malu nak sebut lebih2..bunyinya macam perubahan mendadak kan? Tapi sebenarnya tak, lepas aku form 6, aku merantau jauh..ke KL..muar..Jb untuk bekerja, bukanlah kejar duit sangat just nak dapatkan pengalaman..dalam merantau tu la secara tak sedar aku berubah slow2..serius aku pon tak sedar tapi yang paling ketara aku berubah bila bekerja di Johor bahru kat sultan ismail international airport..ha mau taknya berubah, korang tengoklah orang2 keje airport tu tak adanya yang muka pucat2 selekeh2 kan..kalau ada memang kena pecat dah..jadi aku pun jadi mangsa tuntutan displin kerja masa tu. Displin la sangat..huhu.. bila aku sampai sabah personality tu la yang aku bawak masa minggu pertama, minggu seterusnya aku berubah sikit just simple2..bila kuliah mula aku lebih suka pakai baju kurung..entah bila aku dalam dewan ilmu, aku rasa aura lain..bila aku pakai over aku rasa macam tak hormat ilmu yang di sampaikan..tiba2 aku jadi kosong, macam tercari2 identiti… dan jujurnya aku tak suka berkawan masa tu, bulan pertama memang tak ada kawan. Lebih suka menyendiri..tapi bila assgmnt dah dapat, group assgmnt pon kena running buat..aku mula plan jgka pnjg strtegi stdy..dan masalhnya Cuma aku tak ada kawan..mungkin dah jadi tabiat kot, aku ni jenis yang praktikal nak buat something, bila aku plan ssuatu mksudnya aku jelas apa yang aku nak. Bila aku nak pilih kawan pon aku dah set dalam kepala, aku tak nak kawan yang pakai buang, aku nak kawan yang sama2 ada matlamat macam aku, aku nak kawan tu menjadi pendorong aku dan aku juga jadi pendorong kepada dia.. aku tak nak kawan yang hanya atas assgmnt, atas meja mkn atau hnya kawan dalam komen2 fb..thats annoying to me..aku sangat perlukan kawan masa tu dan aku betul2 doa supaya hadirkan sahabat2 seperti yang aku iniginkan. Alhamdullilah, doa aku Tuhan betul2 dengar..dan aku tak salah memilih sahabat tu.. kami bertiga bertahan menjadi sahabat hari ke hari..masing2 saling bergantung, persahabatan kami juga sedikit sebanyak sering menjadi perbualan suara2 nakal..yala bunga berkawan dua kumbang, siapa tak berkata, aku sayang sangat kat sahabat2 ni dan kami dah macam adik beradik sekarang, ketawa, menangis, bergaduh, tension bersama..sesungguhnya persahabatan itu indah. 

Sangat indah dan lebih indah dari percintaan.. sejak aku berkawan dengan mereka, menjadikan aku sedikit berubah, mereka sering menegur baik buruk.. dan lebih indah, mereka mendekatkan aku dengan Allah.. aku tahu mereka berusaha dalam diam untuk mentarbiyahkan hati aku, dan aku mengambil masa yang sangat panjang untuk menimbal balik kata2 mereka, teguran mereka..aku bukan bertahan atas alasan ‘hidayah belum sampai’ ‘aku tak nak hipokrit’ ‘aku nak jadi diri sendiri’ TIDAK sama sekali, aku bukan bertahan kerana itu semua, Cuma aku membelek balik diri aku setiap hari, jika aku buat begini2..berubah begini2..untuk siapa? Bagaimana jika aku buat tapi aku tidak mampu untuk kekalkan? Sebab aku pernah melalui transformasi itu dan aku tak mahu ia berulang, dan saat tu aku terfikir kenapa dulu aku boleh berubah menjadi kembali jahil? Kenapa aku sanggup membuang imej tudung labuh tanpa sekelumit rasa bersalah..kenapa? kenapa? Setelah berhari2 aku muhasabah diri dan mencabar diri untuk mencari jawapan..maka aku temui kebenaran..bodohnya aku waktu itu, jahilnya aku waktu itu.. kenapa aku perlu berubah? Untuk apa perlu berubah kepada yang lebih baik? Mudah. Hukum Allah siapa kita untuk pertikaikannya? Siapa kita? Apa hak kita untuk pertikaikan suruhannya, sedangkan Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)


Aku sedang berperang dengan jiwa dan nafsu..jika aku tak kuat untuk mengalahkan nafsu, aku akan kalah..kalah dalam keadaan jahil. Allahmdulillah kini aku tidak lagi bodoh untuk mempertikaikan sesuatu hukum Allah, aku sudah kembali bertudung labuh. Dan aku memegang prinsip “No Excuse For Allah” apa Allah suruh buat kita buat..simple kan.
Satu lagi persoalan, bagaimana jika aku tak mampu untuk kekalkannya? Yela sedang dulu memang terbukti aku tak mampu kekalkn bertudung labuh. Mudah. aku tanya kembali pada diri, apa yang sebenarnya yang aku nak kekalkan..tudung labuh semata2?? Tidak, apa yang perlu aku kekalkan adalah Iman dan Taqwa..dan yang paling penting adalah bagaimana kita nak jaga Hidayah yang Allah dah kurniakan itu..simple, aku just doa “ Ya Allah, janganlah kau tarik hidayah setelah engkau berikannya kepadaku, sesungguhnya aku takut menjadi jahil tanpa HidayahMu”.

‘’Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar’’
(Surah Al Ankabut,45)

Bila solat itu dah didirikan tapi masih tak dapat mencegah kita dari kemungkaran maka bermakna solat kita belum cukup sempurna.  Allah s.w.t telah berfirman bahawa solat itu mencegah dari melakukan kemungkaran, maka perlulah kita berusaha untuk khusyuk dalam solat. Perlulah kita ingat kepada Allah semasa sembahyang untuk menghayati maksud solat itu sendiri kan? Inilah caranya macam mana membantu aku untuk istiqamah dalam berhijrah, simple explanation: tak akan aku buang tudung labuh ku lagi (atau melakukan kemungkaran) selagi Iman aku teguh didalamnya kerna Aku memakai sebaik2 pakaian iaitu Taqwa.

“Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya adalah orang-orang berilmu.”  (Al  Fathir: 28)

Untuk mencegah dari kemungkaran kita perlu ada rasa takut pada Allah, sangat2 perlu.. dan seperti Firman Allah S.W.T orang2 yang takut kepada Allah adalah orang yang berilmu, aku jugak yakin dengan adanya ilmu jugak la dapat membantu kita membezakan baik dan buruk. Semudah itu bukan? Maka tuntut lah ilmu..

“Menuntut ilmu adalah fardhu bagi tiap-tiap Muslim, baik laki-kali mahupun perempuan.”  (HR. Ibn Abdulbari)

Alhamdulillah Allah tak jemu membukakan mata hati aku walaupun sering kali tersungkur dalam keadaan yang jahil, sesungguhnya aku masih dalam proses memperbaiki diri..tidaklah sempurna yang ku cari dalam diri ini tapi penyempurnaan sebagai hamba kepada sang pencipta. Jujurnya kini aku dalam proses istiqamah, proses mendidik hati..degil sungguh hati ini..sangat degil..maka aku perlu recharge Iman sepertiga malam..aku perlu perkemaskan Taqwa saban pagi..dan yang paling penting aku perlu reload Ilmu setiap hari.. aku suka buat semua tu sekarang ni… biarlah aku tamak dalam hal ini kerana hati aku sangat2 memerlukannya, mungkin orang lain tak perlu..hati korang dah cukup terdidik kot..


"Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat”  (HR. Bukhari)






2 ulasan: