Ahad, 10 Februari 2013

Cemburukan Si Pendakwah Muda


Hari ni aku tengok ramai anak2 muda yang giat tampil ke depan untuk berdakwah, ada yang giat buat Vlog, ada yang giat b’Blog, ada yang berdawah melalui Fb..Tweeter dan macam2 lagi..selagi ada medium interaksi sosial ni selagi tu manusia memanfaatkannya.. MasyaAllah secara peribadinya aku sellout kat dieorang ni…

Aku bukanlah nak menjadi salah seorang dari mereka pada awalnya..menulis blog hanyalah sebagai galang ganti mengisi kebosanan mulanya, dirasakan banyak idea untuk bicara waktu2 cuti semester ini jadi aku mula berblog…

Tak kisah apa aje aku rasa nak ditaipnya kat papan kekunci Compaq ni, maka aku taip..otak pulak mengerah kata2..tapi dari 1st entry aku..aku cuba untuk sampaikan sesuatu..mungkin sebab aku jugak bukan sorang yang suka cakap kosong..


Jujur aku cemburu tengok kawan2 yang berjaya tambat hati ramai anak muda sekarang dengan cara masing2 menyebarkan dakwah, keindahan islam, gaya hidup islam, bahkan dalam menegur kesilapan anak2 muda sekarang..mereka sangat kreatif…aku mula memendam niat..bukan untuk jadi seperti mereka..yang punya beribu like or follower…tapi aku mahu beribu doa dari malaikat yang mempermudahkan urusanku sebagai pendakwah kerdil, aku mahu setiap titis keringatku dalam urusan ini dihitung sebaik-baiknya oleh Allah s.w.t…

Saban hari aku sering teringat kata-kata dari seorang sahabat…

“Kak Wun, even 1sen kredit kita pun Allah akan tanya kat akhirat kelak, apa yang kau gunakan untuknya?”
“Allah akan tanya, waktu muda kau buat apa untuk agama kau?”


Dan masa tu jugak baru aku jelas kenapa sahabat aku ni tak suka sebarangan gunakan fon, lebih-lebih lagi dalam berurusan dengan lelaki…jarang untuk dia angkat kol or dia yang kol lelaki jauh sekali..melainkan urusan betul2 penting..berbeza dengan aku yang kurang sabar..sikit2 terus kol..jadi mulai hari tu aku cuba belajar bersabar, dan sendiri hitung apa yang aku lakukan..adakah mendapat redha Allah? atau murka Allah?..namun aku tidak sempurna..sering lagi tergelincir.. Astaghfirullahaladzim…


Dan kita sebagai khalifah kat pentas Allah ni wajib dalam melaksanakan perintah Allah…seperti firmannya :

"Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya."
(Surah Ali-Imran, ayat 104)

Tapi aku tahu..aku tak perlu gelojoh untuk laksnakan niat ni..Allah juga tak marah, Allah mesti faham..tak kan la aku nak berdakwah sedangkan ilmu masih cetek..kan? tapi untuk berdakwah atau menyampaikan sesuatu yang baik atau Amar Makruf Nahi Mungkar tak perlulah tunggu sampai jadi ustaz or ustazah, ATAU belajar kat pondok ATAU mesti ada degree syariah..senang kata tak perlu pengiktirafan manusia..cukup kamu punya Ilmu Allah, Kamu mengamalkan Ilmu Allah, dan kamu berIman dengan Allah..

Zaman teknologi ni Ilmu penting untuk menipu..apatah lagi untuk menyampaikan Kebenaran dan Kebaikan..ni cabaran zaman sekarang…manusia payah dah membezakan mana yang betul mana salah..paling dekat isu sekarang menutup aurat..pakai tudung dah dikira aurat tertutup..mereka lupa batas aurat tu dimana dan harusnya macam mana untuk menutupnya bukan membalutnya..aiseh..kalau tak ada ilmu, ingat boleh suke2 ke menegur tentang hal ni? Mungkin boleh je balun sape2 yang tak menutup aurat mengikut syariat tu, tapi kesudahnya apa?? Mungkin hanya salah faham yang jadi, mungkin pergaduhan pun boleh jadi dan lebih teruk mungkin agama yang akan dicela2…akhirnya apa yang nak disampaikan tak sampai tapi lebih menjauhkan mereka dari fahaman sebenar..

Soooo..sebab tu nak menyampaikn atau memperbetulkan biarlah ada ilmu tentang perkara tu..jika tidak rujuklah pada orang yang lebih arif..tapi jika kita pandang konsep amar makruf nahi mungkar pulak..

"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."
 (Hadis Riwayat Muslim)

Maka jelas dalam hadis ni cara bagaimana kita nak mengamalkan amar makruf nahi mungkar ni, ada step-stepnyer kan..kadang2 manusia dah mampu mengamalkan amar makruf..mengajak kepada kebaikan contohnya ajak pergi masjid..join usrah..tapi yang beratnya nahi mungkar..iaitu mencegah kemungkaran..lebih2 lagi kemungkaran depan mata..inilah cabaran sebagai khalifah di muka bumi ni bagi aku…

Mudah ke untuk mencegah kawan kita daripada bergaul mesra sesama bukan muhrim? Mudah ke nak mencegah sahabat2 kita daripada mengumpat dan mengata? Mudah ke nak mencegah teman2 kita daripada menonton video2 yang merosakan akhlak lagi lagha? Mudah ke nak mencegah bF kita daripada terus mendedahkan aurat? 

Ini baru insan2 yang paling dekat dengan kita..Kawan, Sahabat, Teman, bF (best Friend)…apa lagi orang yang jauh dari kita..mahu mereka dengarkan teguran kita…inilah fungsi Ilmu..inilah fungsi Iman…sesunguhnya Sabar itu separuh dari Iman..sabarlah duhai hati dalam mengajak kepada kebaikan :)

Thankz to my friend yg sudi bagi Dua' ni :)



Khamis, 7 Februari 2013

Ada Aku Dalam Kita…


Bila kita bersama menghayun langkah
Memanjat tembok impian bernama Kejayaan
Aku tersenyum kerna berdamping dengan kamu
Kerna aku tahu kalian tercipta buatku
Dicipta untuk bersama mencoret sebuah kejayaan...
Dalam erti payah
Dalam ombak resah
Dalam hinggar papah
Kita seiring
Kita selangkah
Kita searah...
Dalam ranum hujan yang tidak sekata
Terkadang aku lelah
Terkadang aku leka
Terkadang aku marah
Tapi kalian...
Penghibur duka lara
Biar dibisik songsang hidup
Biar tak pasti laman perselisihan
Tapi aku yakin dalam konotasi persahabatan...
Aku yakin dalam malap..ada terang dari malam…ada suram dari siang..ada aku dalam kita…

Tinta kosong buat si teman.. -Aiinalyaqin-

Isnin, 4 Februari 2013

Takut itu Fitrah atau ???


Zaman sekarang ni ramai manusia yang suka dengan istilah ‘takut’ sebab sinonim dengan fitrah manusia katanya.. mungkin ya fitrahnya manusia akan ada perasaan takut tu, tak kira la takut pada parents, cikgu atau haiwan like katak?? Errr…hehe..

Tapi aku rasa terdetik hari ni nak cakap tentang takut pada Allah…adakah semua orang ada rasa takut pada Allah? Adakah semua orang sering pupuk rasa takut pada Allah? Atau diri sendiri pun tak pasti takut ke tak? Yang paling common la kan, semua orang boleh cakap ‘ye, aku takut pada Allah’ dengan muka slumber..hrmmm..boleh tak kita compare dengan orang yang kata ‘aku baru Nampak hantu…seram giler!!!’  cer tengok muka orang tu..mostly berbezakan?? Sebab tu aku yakin semua orang hanya tahu cakap…tapi tak tahu ape yang dia cakap..hehe..

Jika seseorang tu tak takut pada Allah dia akan takut pada banyak perkara kat dunia ni…dan bila seseorang tu takut pada Allah dia tak akan takut pada Apa-apa kat dunia ni..Amazing rite?? So how could people say I’m afraid of Allah but he/she still afraid of Hantu?? Or afraid of public speaking??? Takutkan????hahaha…

Manusia-manusia yang masih takut akan perkara2 kat dunia ni..mostly Hantu..mesti dah biasa dimomokan dengan cerita2 negatif dari kecik lagi..ni la side effect bila besar..dan sebenarnya manusia yang tak takut pada Allah pulak, contoh dia buat dosa..tak ada rasa salah tapi bangga dengan kemungkaran yang dia buat..riak, berbohong, mengumpat, bangga diri, menjatuhkan orang lain jugak antara simptom2 tak takut Allah..ni kan pulak memang terang2 kalau seseorang tu syirik..nauzubillah…

Manusia yang tak takut Allah ni sebenarnya belum cukup kenal pada Allah…MasyaAllah ruginya hidup kat dunia ni, guna nikmat Allah hari2..tapi tak kenal siapa yang bagi nikmat tu kan…so, macam mana nak kenal Allah???

Yang penting mestilah ada ilmu… orang yang berilmu sahaja pandai menghargai dan akan dihargai..tapi pelik kan kadang2 masuk U bagus2 pun tambah riak, makin banyak ilmu makin sombong pulak dengan Allah..sebabnya ada ilmu tapi niat tak ikhlas kerana Allah..jadi bila menuntut ilmu tu biarlah ikhlas..dalam proses menuntut ilmu public speaking tu memang biasa kan..tapi kadang2 perasaan takut tu tetap ada..cuba kita check diri kita kenapa la kita takut sangat public speaking ni, takut sangat nak presentation kan..sebab mesti kita fikir..ish takutnya apa la kawan2 aku kata, ish takutnya tak boleh buat, ish takutnya aku tak sebagus dia..dan macam2..MasyaAllah ni semua simptom manusia yang takut pada pandangan orang, risau sangat apa orang kata…tapi kalau kita dari awal niat menuntut ilmu ni ikhlas kerana Allah..semua perasaan takut tu akan hilang sebab apa?? Sebab..kita buat semua untuk penilaian Allah bukan penilaian manusia, jika kita niat ‘aku present hari ni sebab nak kongsi ilmu kerana Allah, bukan nak menunjuk bukan nak compete dengan sape2, kalau kawan2 dapat ilmu yang aku kongsikan ni, pahala ganjaran aku, jadi Ya Allah nilailah aku’

Simple kan??? Cakap senang…hahaha…


Secondly, tadi tak takut pada Allah sebab Ilmu…next, sebab environment…kalau kita yang dah besar2 ni jadi mangsa side effect parents yang duk cakap2 psal hantu..hantu..hantu dari kecik lagi..so dah sampai masanya buang semua tu dari memori sedar anda ya..hehe..macam mana?? Kita makin percaya ada hantu pun bila makin syok tengok cerita2 vampire, hantu kak limah la..hantu botol la..err..apa2 la kan..korang rasa ada manfaat ke tengok2 semua tu??? Pertama, makin korang percaya ada hantu atau tak percaya? Second, boleh tambah iman ke tengok2 citer ni? Sebab tu environment korang…korang yang kena pilih..coz its reaaalllly effect not only ur self but ur Iman…. Percaya pada malaikat..benda ghaib memang haruslah tapi kalau sampai korang solat sendiri2 pon rasa macam ada benda je kat belakang..hihihi… padahal kita solat tu tengah berinteraksi dengan Allah, tengah mintak kebergantungan pada Allah tapi macam ada feel takut pada benda lain pulak..see???

So, mulai sekarang bijak la create ur environment.. kena pandai pilih channel ape nak tengok..dah kata belum cukup kenal Allah..so, bina environment yang membuatkan kita nak kenal pada Allah..bijak pilih majalah ape kte nak tengok, bijak pilih kawan yang boleh share ilmu dengan kita..

Tak dapat dinafikan perasaan takut ni sangat berkait rapat dengan Iman..so..tolong recharge Iman setiap hari..pastikan setiap hari kebergantungan kita, ketakutan kita hanya Pada Allah. Orang biasa cakap..ingatlah mati..nanti kita takut nak buat Dosa… takut nak buat dosa sebab mati bukan sebab Allah… aku sangat benci pemikiran macam ni..

Ni jugak salah satu cara macam mana kita didik hati takut pada Allah…bila kita cakap pasal kiamat, orang mesti ingat mati..then orang akan takut..cube amalkan sistem check diri..’kenapa nak takut mati?’ sebenarnya kita tahu kita takut mati sebab SakaratulMaut bergantung pada Amalan..so orang yang takut mati ni dia tau la Amalan dia tak cukup..so, daripada takut mati..baik kita takut Allah, sediakan amalan untuk mati nanti..simple!!! huhuhu

Last but not least..takut memang fitrah..Allah yang membolak balikan hati2 hambaNya, Allah yang memegang hati2 hambaNya… jika Allah mampu uji kita dengan perasaan takut dengan pelbagai rupa…Allah juga mampu menghapus perasaan takut itu sekelip mata…aku yakin Allah hanya menguji hambaNya dengan rasa2 takut itu untuk melihat hambaNya siapa yang di cari saat takut itu menjelma..dan Allah meminta kita untuk gunakan setiap perasaan itu ‘bertempat’… 

Sabtu, 2 Februari 2013

Repenting For The Same Sin



What is the rulings regarding the one who repents from a sin, then he returns to it again, so he repents again, then he returns to it (yet) again and so on. What is the ruling regarding his repentance? 

These repentances are all correct, because whenever someone commits a sin then repents to Allah from having committed it and fulfills the conditions for repentance THEN Allah accepts his repentance.

And if he falls into the sin again, then he should repent for a second time, and then a third time and a fourth time as Allah S.W.T says: 

 “O ‘Ibaadee (My slaves) who have transgressed against themselves (by committing evil deeds and sins)! Despair not of the Mercy of Allaah, verily, Allaah forgives all sins”
 (Surah az-Zumar, 53)

However, that which is important is the repentance must be sincere and truthful, and that he must be determined never to return to committing that sin again!!!!

His repentance must not be an empty one..that he repents, yet in his heart he has the intention to return to that sin..such a repentance is not genuine.

However, if his repentance is genuine..and at the time of committing the sin he was determined never to return to committing that sin again, then if he was to commit the same sin again…his first repentance will not be nullified, rather, his first repentance is correct, and whenever he commits a sin and repents, Allaah will forgive him.

References : Sheikh Ibn ‘Uthaymeen