Rabu, 30 Januari 2013

Bakal SuamiKu


Jodohku,
Aku harap kau merinduiku
Seperti mana aku merinduimu kala ini.

Jodohku,
Aku harap kau bisa mencintaiku
Seperti mana aku juga bakal mencintaimu
Suatu hari nanti…

Jodohku,
Ingin sekali aku menatap wajahmu.
Memohon kemaafan dari mu...

Jodohku...
Maafkan aku kerana aku tidak sempurna untukmu.
Maafkan aku mungkin bukan aku mahumu.
Maafkan aku mungkin bukan aku penyejuk hatimu.
Maafkan aku mungkin bukan aku isteri solehahmu.
Maafkan aku mungkin aku tak bisa menjadi ibu zuriat keturunanmu.
Maafkan aku mungkin aku tak bisa bersamamu sepanjang hayatmu.
Maafkan aku mungkin belum tentu aku mampu membahagiakanmu.

Ketahuilah wahai jodohku,
Apa jua kemungkinan aku untukmu.
Tidak mampu menzahir hikmah yang tertulis olehNya.

Namun…
Aku tetap merasa salah
Andai tidak siap untuk dirimu kelak.
Kerana..
Aku Tercipta untukMu Kerana Akulah Jodohmu..

aiinal-yaqin :)

2 ulasan: