Saban malam aku fikir, Tuhan terima
ke solat aku, taubat aku, ibadah aku… aku yakin aku belum cukup sempurna, tapi
kadang-kadang aku fikir nk jadi sempurna untuk siapa? Dan sempurna itu berupa
apa???
Masa aku melangkah masuk tingkatan
enam, aku sikit berubah dari tahun sebelumnya..mungkin sebab aku kehilangan
sorang ayah waktu tu jadi aku berusaha jadi anak yang terbaik sambil memegang
amanat arwah papa “kak wun, jaga adik2”. Tingkatan enam merupakan waktu singkat
pada aku, tapi dalam waktu tu aku di ajar erti persahabatan dan kehidupan. Waktu
tu aku dah mula bertudung labuh, tak ada kawan yang menegur mungkin tak ketara
sangat sebab taun sebelumnya aku bukanlah memakai tudung yang sangat singkat,
aku mula selesa bertudung labuh. TAPI waktu tu aku ‘bercouple’ dengan
seseorang. Dia pesaing aku paling dekat di dalam kelas terutama dalam akademik,
aku tak tahu kenapa macam magic tiba2 tingkatan enam aku menonjol sedikit dalam
akademik sedangkan masa form 5 aku bukanlah antara pelajar cemerlang atau
pelajar harapan. Mungkin kedegilan aku dalam berfikir waktu tu dah berubah,
bila result test pertama keluar keputusan aku sangat tinggi, mungkin subjek
sastera membantu aku masa tu. Dan lucunya aku sorang yang ambil subjek tu, aku
terpaksa study sendiri tapi mungkin sastera separuh dari jiwa aku..jadi ia
sangat membantu..test2 berikutnya pun aku dapat kekalkan result tu. Alhamdulillah,
antara faktor yang aku rasa mendorong untuk aku kekalkan pencapaian aku adalah
mungkin sebab si dia juga, aku sangat suka bersaing dengan dia..sampai pernah
kami buat perjanjian hitam putih untuk tengok result siapa paling
tinggi..hehe..dan saksinya semua kawan2 dalam kelas tu. Kemudian, mungkin aku
rasa bertanggungjawab sebab aku juga memegang jawatan tertinggi dalam tingkatan
enam tu..ehem3..Presiden MPP Pra U SMK….opps..mantan dah..dan timbalan aku
adalah si dia, so Nampak tak di situ significantnya?? Aku seboleh2 nak buktikan
pada semua orang percintaan aku dengan si dia itu bukan pemusnah masa depan
tapi permulaan masa depan. Hasilnya ya, kami berjaya buktikan tapi aku tewas
beberapa mata dengan si dia, result STPM dia lebih tinggi sedikit dari aku
walaupun sebelum ni aku yang akan mendahului..tapi itu pun aku dah bersyukur
sangat2..aku dan dia berjaya menutup mulut2 jahat yang duk mengata kami dulu
berkepit kehulur kehilir sedangkan dia asst aku..so nak buat macam mana
kan..huhu..(alasan) dan sekarang aku dapat buat degree kat UMS dia pulak buat
degree kat UKM..bidang yang berbeza..macam aku kata percintaan kami bukan
pemusnah tapi permulaan masa depan..dan sekarang Ya kami dah buat haluan
masing2..tiada lagi istilah Cinta atau Couple…Terima Kasih awak sebab jadi
sebahagian pendorong saya ke menara gading. :)
Universiti Malaysia Sabah…Sabah tu
sendiri terlalu indah kat mata aku, jika orang tanya macam mana life kat sabah?
Apa yang best? Jawapan aku simple..Bumi Allah paling damai pernah aku jejak. Waktu
aku jejak kaki ke bumi sabah ini…personaliti aku jauh berbeza masa zaman form
6..kalau dulu aku bertudung labuh, tak kenakan sebarang solekan tapi aku
seorang yang berbeza masa aku sampai sabah. Heel 2inci, make up 2inci, baju
kurang inci..huhu..dan lain2..huhu..malu nak sebut lebih2..bunyinya macam
perubahan mendadak kan? Tapi sebenarnya tak, lepas aku form 6, aku merantau
jauh..ke KL..muar..Jb untuk bekerja, bukanlah kejar duit sangat just nak
dapatkan pengalaman..dalam merantau tu la secara tak sedar aku berubah
slow2..serius aku pon tak sedar tapi yang paling ketara aku berubah bila bekerja
di Johor bahru kat sultan ismail international airport..ha mau taknya berubah,
korang tengoklah orang2 keje airport tu tak adanya yang muka pucat2 selekeh2
kan..kalau ada memang kena pecat dah..jadi aku pun jadi mangsa tuntutan displin
kerja masa tu. Displin la sangat..huhu.. bila aku sampai sabah personality tu
la yang aku bawak masa minggu pertama, minggu seterusnya aku berubah sikit just
simple2..bila kuliah mula aku lebih suka pakai baju kurung..entah bila aku
dalam dewan ilmu, aku rasa aura lain..bila aku pakai over aku rasa macam tak
hormat ilmu yang di sampaikan..tiba2 aku jadi kosong, macam tercari2 identiti…
dan jujurnya aku tak suka berkawan masa tu, bulan pertama memang tak ada kawan.
Lebih suka menyendiri..tapi bila assgmnt dah dapat, group assgmnt pon kena
running buat..aku mula plan jgka pnjg strtegi stdy..dan masalhnya Cuma aku tak
ada kawan..mungkin dah jadi tabiat kot, aku ni jenis yang praktikal nak buat something,
bila aku plan ssuatu mksudnya aku jelas apa yang aku nak. Bila aku nak pilih
kawan pon aku dah set dalam kepala, aku tak nak kawan yang pakai buang, aku nak
kawan yang sama2 ada matlamat macam aku, aku nak kawan tu menjadi pendorong aku
dan aku juga jadi pendorong kepada dia.. aku tak nak kawan yang hanya atas
assgmnt, atas meja mkn atau hnya kawan dalam komen2 fb..thats annoying to
me..aku sangat perlukan kawan masa tu dan aku betul2 doa supaya hadirkan
sahabat2 seperti yang aku iniginkan. Alhamdullilah, doa aku Tuhan betul2
dengar..dan aku tak salah memilih sahabat tu.. kami bertiga bertahan menjadi
sahabat hari ke hari..masing2 saling bergantung, persahabatan kami juga sedikit
sebanyak sering menjadi perbualan suara2 nakal..yala bunga berkawan dua
kumbang, siapa tak berkata, aku sayang sangat kat sahabat2 ni dan kami dah
macam adik beradik sekarang, ketawa, menangis, bergaduh, tension
bersama..sesungguhnya persahabatan itu indah.
Sangat indah dan lebih indah dari
percintaan.. sejak aku berkawan dengan mereka, menjadikan aku sedikit berubah,
mereka sering menegur baik buruk.. dan lebih indah, mereka mendekatkan aku
dengan Allah.. aku tahu mereka berusaha dalam diam untuk mentarbiyahkan hati
aku, dan aku mengambil masa yang sangat panjang untuk menimbal balik kata2
mereka, teguran mereka..aku bukan bertahan atas alasan ‘hidayah belum sampai’ ‘aku
tak nak hipokrit’ ‘aku nak jadi diri sendiri’ TIDAK sama sekali, aku bukan
bertahan kerana itu semua, Cuma aku membelek balik diri aku setiap hari, jika
aku buat begini2..berubah begini2..untuk siapa? Bagaimana jika aku buat tapi
aku tidak mampu untuk kekalkan? Sebab aku pernah melalui transformasi itu dan
aku tak mahu ia berulang, dan saat tu aku terfikir kenapa dulu aku boleh
berubah menjadi kembali jahil? Kenapa aku sanggup membuang imej tudung labuh
tanpa sekelumit rasa bersalah..kenapa? kenapa? Setelah berhari2 aku muhasabah
diri dan mencabar diri untuk mencari jawapan..maka aku temui
kebenaran..bodohnya aku waktu itu, jahilnya aku waktu itu.. kenapa aku perlu
berubah? Untuk apa perlu berubah kepada yang lebih baik? Mudah. Hukum Allah
siapa kita untuk pertikaikannya? Siapa kita? Apa hak kita untuk pertikaikan
suruhannya, sedangkan Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
Diwajibkan atas kamu
berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi
kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu
menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak
mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)
Aku sedang berperang dengan jiwa dan
nafsu..jika aku tak kuat untuk mengalahkan nafsu, aku akan kalah..kalah dalam
keadaan jahil. Allahmdulillah kini aku tidak lagi bodoh untuk mempertikaikan
sesuatu hukum Allah, aku sudah kembali bertudung labuh. Dan aku memegang
prinsip “No Excuse For Allah” apa Allah suruh buat kita buat..simple kan.
Satu lagi persoalan, bagaimana jika
aku tak mampu untuk kekalkannya? Yela sedang dulu memang terbukti aku tak mampu
kekalkn bertudung labuh. Mudah. aku tanya kembali pada diri, apa yang
sebenarnya yang aku nak kekalkan..tudung labuh semata2?? Tidak, apa yang perlu
aku kekalkan adalah Iman dan Taqwa..dan yang paling penting adalah bagaimana
kita nak jaga Hidayah yang Allah dah kurniakan itu..simple, aku just doa “ Ya
Allah, janganlah kau tarik hidayah setelah engkau berikannya kepadaku,
sesungguhnya aku takut menjadi jahil tanpa HidayahMu”.
‘’Sesungguhnya sembahyang itu
mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar’’
(Surah Al Ankabut,45)
Bila solat itu dah didirikan tapi
masih tak dapat mencegah kita dari kemungkaran maka bermakna solat kita belum
cukup sempurna. Allah s.w.t telah
berfirman bahawa solat itu mencegah dari melakukan kemungkaran, maka perlulah
kita berusaha untuk khusyuk dalam solat. Perlulah kita ingat kepada Allah
semasa sembahyang untuk menghayati maksud solat itu sendiri kan? Inilah caranya
macam mana membantu aku untuk istiqamah dalam berhijrah, simple explanation: tak
akan aku buang tudung labuh ku lagi (atau melakukan kemungkaran) selagi Iman
aku teguh didalamnya kerna Aku memakai sebaik2 pakaian iaitu Taqwa.
“Sesungguhnya yang takut kepada Allah
di antara hamba-hamba-Nya adalah orang-orang berilmu.” (Al Fathir: 28)
Untuk
mencegah dari kemungkaran kita perlu ada rasa takut pada Allah, sangat2 perlu..
dan seperti Firman Allah S.W.T orang2 yang takut kepada Allah adalah orang yang
berilmu, aku jugak yakin dengan adanya ilmu jugak la dapat membantu kita
membezakan baik dan buruk. Semudah itu bukan? Maka tuntut lah ilmu..
“Menuntut ilmu adalah fardhu bagi
tiap-tiap Muslim, baik laki-kali mahupun perempuan.” (HR. Ibn Abdulbari)
Alhamdulillah
Allah tak jemu membukakan mata hati aku walaupun sering kali tersungkur dalam
keadaan yang jahil, sesungguhnya aku masih dalam proses memperbaiki diri..tidaklah
sempurna yang ku cari dalam diri ini tapi penyempurnaan sebagai hamba kepada
sang pencipta. Jujurnya kini aku dalam proses istiqamah, proses mendidik
hati..degil sungguh hati ini..sangat degil..maka aku perlu recharge Iman
sepertiga malam..aku perlu perkemaskan Taqwa saban pagi..dan yang paling
penting aku perlu reload Ilmu setiap hari.. aku suka buat semua tu sekarang ni…
biarlah aku tamak dalam hal ini kerana hati aku sangat2 memerlukannya, mungkin
orang lain tak perlu..hati korang dah cukup terdidik kot..
"Sampaikanlah dariku walau hanya
satu ayat” (HR. Bukhari)


Alhamdulillah....stay with Iman..
BalasPadamInsyaAllah..always need a support like u frnd ^^
Padam