Zaman sekarang
ni ramai manusia yang suka dengan istilah ‘takut’ sebab sinonim dengan fitrah
manusia katanya.. mungkin ya fitrahnya manusia akan ada perasaan takut tu, tak
kira la takut pada parents, cikgu atau haiwan like katak?? Errr…hehe..
Tapi aku rasa
terdetik hari ni nak cakap tentang takut pada Allah…adakah semua orang ada rasa
takut pada Allah? Adakah semua orang sering pupuk rasa takut pada Allah? Atau
diri sendiri pun tak pasti takut ke tak? Yang paling common la kan, semua orang
boleh cakap ‘ye, aku takut pada Allah’ dengan muka slumber..hrmmm..boleh tak
kita compare dengan orang yang kata ‘aku baru Nampak hantu…seram giler!!!’ cer tengok muka orang tu..mostly berbezakan??
Sebab tu aku yakin semua orang hanya tahu cakap…tapi tak tahu ape yang dia
cakap..hehe..
Jika seseorang
tu tak takut pada Allah dia akan
takut pada banyak perkara kat dunia ni…dan bila seseorang tu takut pada Allah dia tak akan takut
pada Apa-apa kat dunia ni..Amazing rite?? So how could people say I’m afraid of
Allah but he/she still afraid of Hantu?? Or afraid of public speaking??? Takutkan????hahaha…
Manusia-manusia
yang masih takut akan perkara2 kat dunia ni..mostly Hantu..mesti dah biasa
dimomokan dengan cerita2 negatif dari kecik lagi..ni la side effect bila
besar..dan sebenarnya manusia yang tak takut pada Allah pulak, contoh dia buat
dosa..tak ada rasa salah tapi bangga dengan kemungkaran yang dia buat..riak,
berbohong, mengumpat, bangga diri, menjatuhkan orang lain jugak antara simptom2
tak takut Allah..ni kan pulak memang terang2 kalau seseorang tu syirik..nauzubillah…
Manusia yang
tak takut Allah ni sebenarnya belum cukup kenal pada Allah…MasyaAllah ruginya
hidup kat dunia ni, guna nikmat Allah hari2..tapi tak kenal siapa yang bagi
nikmat tu kan…so, macam mana nak kenal Allah???
Yang penting
mestilah ada ilmu… orang yang berilmu sahaja pandai menghargai dan akan
dihargai..tapi pelik kan kadang2 masuk U bagus2 pun tambah riak, makin banyak
ilmu makin sombong pulak dengan Allah..sebabnya ada ilmu tapi niat tak ikhlas
kerana Allah..jadi bila menuntut ilmu tu biarlah ikhlas..dalam proses menuntut
ilmu public speaking tu memang biasa kan..tapi kadang2 perasaan takut tu tetap
ada..cuba kita check diri kita kenapa la kita takut sangat public speaking ni,
takut sangat nak presentation kan..sebab mesti kita fikir..ish takutnya apa la
kawan2 aku kata, ish takutnya tak boleh buat, ish takutnya aku tak sebagus
dia..dan macam2..MasyaAllah ni semua simptom manusia yang takut pada pandangan
orang, risau sangat apa orang kata…tapi kalau kita dari awal niat menuntut ilmu
ni ikhlas kerana Allah..semua perasaan takut tu akan hilang sebab apa?? Sebab..kita
buat semua untuk penilaian Allah bukan penilaian manusia, jika kita niat ‘aku
present hari ni sebab nak kongsi ilmu kerana Allah, bukan nak menunjuk bukan
nak compete dengan sape2, kalau kawan2 dapat ilmu yang aku kongsikan ni, pahala
ganjaran aku, jadi Ya Allah nilailah aku’
Simple kan???
Cakap senang…hahaha…
Secondly,
tadi tak takut pada Allah sebab Ilmu…next, sebab environment…kalau kita yang
dah besar2 ni jadi mangsa side effect parents yang duk cakap2 psal
hantu..hantu..hantu dari kecik lagi..so dah sampai masanya buang semua tu dari
memori sedar anda ya..hehe..macam mana?? Kita makin percaya ada hantu pun bila
makin syok tengok cerita2 vampire, hantu kak limah la..hantu botol
la..err..apa2 la kan..korang rasa ada manfaat ke tengok2 semua tu??? Pertama,
makin korang percaya ada hantu atau tak percaya? Second, boleh tambah iman ke
tengok2 citer ni? Sebab tu environment korang…korang yang kena pilih..coz its
reaaalllly effect not only ur self but ur Iman…. Percaya pada malaikat..benda
ghaib memang haruslah tapi kalau sampai korang solat sendiri2 pon rasa macam
ada benda je kat belakang..hihihi… padahal kita solat tu tengah berinteraksi
dengan Allah, tengah mintak kebergantungan pada Allah tapi macam ada feel takut
pada benda lain pulak..see???
So, mulai
sekarang bijak la create ur environment.. kena pandai pilih channel ape nak
tengok..dah kata belum cukup kenal Allah..so, bina environment yang membuatkan
kita nak kenal pada Allah..bijak pilih majalah ape kte nak tengok, bijak pilih
kawan yang boleh share ilmu dengan kita..
Tak dapat
dinafikan perasaan takut ni sangat berkait rapat dengan Iman..so..tolong
recharge Iman setiap hari..pastikan setiap hari kebergantungan kita, ketakutan
kita hanya Pada Allah. Orang biasa cakap..ingatlah mati..nanti kita takut nak
buat Dosa… takut nak buat dosa sebab mati bukan sebab Allah… aku sangat benci
pemikiran macam ni..
Ni jugak
salah satu cara macam mana kita didik hati takut pada Allah…bila kita cakap
pasal kiamat, orang mesti ingat mati..then orang akan takut..cube amalkan
sistem check diri..’kenapa nak takut mati?’ sebenarnya kita tahu kita takut
mati sebab SakaratulMaut bergantung pada Amalan..so orang yang takut mati ni
dia tau la Amalan dia tak cukup..so, daripada takut mati..baik kita takut
Allah, sediakan amalan untuk mati nanti..simple!!! huhuhu
Last but not
least..takut memang fitrah..Allah yang membolak balikan hati2 hambaNya, Allah
yang memegang hati2 hambaNya… jika Allah mampu uji kita dengan perasaan takut
dengan pelbagai rupa…Allah juga mampu menghapus perasaan takut itu sekelip mata…aku
yakin Allah hanya menguji hambaNya dengan rasa2 takut itu untuk melihat
hambaNya siapa yang di cari saat takut itu menjelma..dan Allah meminta kita
untuk gunakan setiap perasaan itu ‘bertempat’…

Tiada ulasan:
Catat Ulasan